Wednesday, November 13, 2019

Doorgift RM2 Gardenia Numee Mee Kuning Dalam Gift Box Cantik

Salam semua penggemar mee kuning NuMee Gardenia! Kamu akan adakan majlis tapi belum ada idea doorgift? Ada majlis atau kenduri tetapi tak tahu lagi nak bagi doorgift apa?

Korang jangan risau, Order sahaja mee NuMee sebagai doorgift! Sebab NuMee Gardenia sekarang tengah adakan promosi tau! Dengan minimum order 100 pek, Min akan sediakan kat korang free giftbox yang cantik secara percuma! Lagi best, ada 4 design box yang boleh dipilih mengikut citarasa korang.

1. 1 Pek Mee Kuning NuMee with Gift Box
2. Free delivery available with minimum order
3. Deposit dan baki bayar penuh semasa terima

Doorgift untuk tetamu ni bukan sekadar hiasan, sebab mereka nanti dapat masak dan menikmati NuMee bersama keluarga tercinta kemudian di rumah. Memang tak rugi kalau beli NuMee Gardenia untuk dibuat sebagai doorgift sebab tetamu korang boleh menikmatinya dengan seisi keluarga. Kenyang di kenduri sampai ke rumah masing masing katakan!

Okay kalau korang nak beli NuMee Gardenia secara borong sebagai doorgift, pm Min kt whatsapp laju-laju ye! 0147360384 call terus pun boleh anytime

Juga jika rekomen, referral kepada rakan atau saudara sehingga terjual. kami boleh bagi komisyen lumayan.


Read More

Wednesday, September 21, 2016

Proses penapaian/fermentasi tapai pulut daun getah

Tapai pulut daun getah Tapai dihasilkan dari proses fermentasi bahan atau makanan tinggi karbohidrat seperti beras, pulut dan ubi. Proses fermentasi didorong oleh mikroorganisma yang terkandung dalam ragi. Biasanya ragi yang digunakan dalam proses membuat tapai mengandungi kepelbagaian mikroorganisma terutamanya fungi seperti Saccharomyces cerevisiae, Rhizopus oryzae, Endomycopsis burtonii, Mucor sp., Candida utilis, Saccharomycopsis fibuligera, dan Pediococcus sp. Mikroorganisma lain juga mungkin terdapat dalam ragi dan keseimbangan flora mikroorganisma yang bertindak ke atas karbohidrat menjadikan penentu kepada rasa manis unik tapai. Rasa manis tapai terhasil apabila karbohidrat diuraikan dan didominasi oleh mikroorganisma Saccharomyces cerevisiae yang menjadikan tekstur pejal karbohidrat lepu, mencair, lekit berair serta manis. Mikroorganisma ini menghasilkan enzim amiliotik yang menguraikan kanji karbohidrat tepu (polysaccharide) kepada saiz gula yang lebih kecil (disaccharide dan monosaccharide). Proses ini dinamakan proses saccharification. 



Proses fermentasi meningkatkan kandungan nutrien pada makanan. Kehadiran mikroorganisma pada tapai tidak merbahaya malah mikroorganisma tersebut dapat dicerna sistem penghadaman manusia. Nutrien Vitamin B kompleks khususnya meningkat sehingga tiga kali ganda selepas proses penapaian. Vitamin B kompleks merupakan vitamin larut air yang membantu penghasilan tenaga dan metabolisma sel. Kandungan vitamin B yang tinggi di dalam tapai ialah thiamin, riboflavin, niacin, biotin dan asid folik.



Proses penapaian telah diamalkan manusia sejak ribuan tahun.Ianya kerana penapaian dapat memanjangkan jangka hayat makanan. Lebihan makanan daripada dibiarkan basi, ditambah dengan mikroorganisma terpilih dapat memanjangkan hayat makanan tersebut dan selamat di makan dan di simpan untuk kegunaan hadapan. Malah, tapai digunakan sebagai makanan dan minuman penambah tenaga oleh masyarakat lampau di asia tenggara ketika melakukan kerja berat seperti bersawah, perladangan dan pembinaan. 



Tapai pulut daun getah pula berkait rapat dengan keindahan dan seni unik dan dianggap novelty. Tapai pulut merupakan hidangan tradisional masyarakat asia tenggara sejak dahulu lagi. Pengenalan tumbuhan baru ke asia tenggara, iaitu pokok getah (Havea Brasilliensis.) oleh penjajah British pada tahun 1888 di Botanical Garden Singapura menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dan telah mencetus idea kegunaan lain pokok getah selain dari getahnya. Tapai pulut daun getah pada awal pengenalannya dianggap novelty kerana di balut dari daun tumbuhan asing yang merupakan penghasil kepada komoditi paling bernilai pada zaman tersebut iaitu getah. Daun getah memiliki ciri unik dan indah seperti licin berlilin, berbentuk bujur ditengah dengan hujung runcing, berwarna hijau kebiru-biruan, dan berkongsi cabang dengan tiga daun yang lain. Tapai pulut daun getah juga memiliki sebahagian kebudayaan origami dari China melalui motif titisan air. Garapan pelbagai budaya ini menjadikan tapai pulut daun getah unik dan menjadi simbol penerimaan kepada pembaharuan dan kreativiti masyarakat tanah melayu. Hal ini kerana mayarakat melayu terkenal kerana kuat berpegang pada adat resam apatah lagi pantang larang dalam mengolah makanan tradisi yang mengundang tentangan. Kami di tapai pulut daun getah terus memelihara tradisi ini dan masih menghasilkan tapai pulut daun getah kami dengan cara tradisional yang telah diturunkan oleh keturunan nenek moyang kami sejak ratusan tahun dahulu lagi. Rasa tapai pulut daun getah kami masih mengekalkan rasa yang sama seperti yang dihasilkan oleh nenda terdahulu meskipun zaman telah jauh berubah. Mikroorganisma sama juga masih dikekalkan dalam ragi yang kami gunakan. Dengan bantuan ilmu bioteknologi juga kami berjaya menemui cara penghasilan tapai pulut daun getah yang sentiasa berhasil manis dengan bantuan teknologi dan pengawalan kualiti dan mengikut piawaian yang tinggi. 



Tapai pulut daun getah kami telah mendapat tempahan dari pelbagai latar masyarakat kebiasaannya untuk kegunaan secara borong atau pukal. Pelanggan utama kami ialah dari pengusaha katering, majlis perkahwinan, acara besar, sambutan hari raya aidilfitri dan aidiladha. Malah tapai pulut daun getah kami mendapat tempat di majlis majlis yang diadakan di jabatan korporat kerajaan persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta dan juga kementerian pelancongan. Hubungi kami bagi membuat tempahan. Order adalah terhad tertakluk kepada stok daun getah kami, dan komitmen untuk tempahan pelanggan lain. Sebaiknya order 2 minggu sebelum tarikh acara, atau selewatnya seminggu sebelum. Hanya 20sen se unit tapai pulut daun getah. Hubungi/Contact Ramli – 0123685921, atau 0183154956 atau 0147360383 atau 0183154902.


Read More

Monday, December 28, 2015

tapai pulut daun getah



Jadikan majlis anda buah mulut di kalangan tetamu dengan menghidangkan tapai pulut daun getah dan unik ini. Pastinya digemari kanak kanak dan dewasa kerana kemanisannya. 20sen seunit tapai pulut daun getah. RM1 seunit tapai pulut bekas plastik. Hubungi Muhammad Sukri Bin Ramli 014-7360384/0123685921 Penghantaran bagi kawasan shah alam,klang,petaling jaya,banting,pelabuhan klang,sungai buluh,kajang,kuala lumpur,semenyih,gombak,shah alam,subang jaya, seluruh lembah klang. Terms & Conditions: anda hubungi kami melalui sms/call mengenai jumlah tempahan tapai pulut daun getah anda, kami hantar invois pembelian ke email anda,anda baca maklumat pembayaran di invois dan setuju, kami lakukan penghantaran pada alamat anda. seeloknya menempah tapai seminggu sebelum tarikh makan. boleh tempah last minit mengikut budi bicara
Read More

Saturday, September 6, 2014

online

Item Name Tapai Pulut Daun Getah
Price RM0.20
Description Tapai pulut daun getah manis
Available Stock Production nn demand
Misc
Read More