Tuesday, January 15, 2013

WAJIK


Wajik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuih wajik.
Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripadapulut yang dimasak dengan manisan.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Ciri-ciri

Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya.
Diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula adalah pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan rasa berkerutup apabila dimakan. Bagaimanapun cara ini jarang dilakukan kerana tidak ramai yang gemarkan rasa berkerutup ini kerana menganggapnya agak keras.
Selain itu wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya mereka yang dari pantai timur.
Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih meluas semasa musim perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis, sesetengah orang tidak menggemarinya.


[sunting]Resepi

[sunting]Bahan-bahan

  • 300 gm beras pulut
  • 150 gm gula nisan
  • 150 gm gula pasir
  • 2 biji kelapa diparut
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)

[sunting]Cara

Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.
Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.
Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

Soalan
Puan,
Saya begitu gemar makan wajik. Masalahnya ia hanya dihidangkan ketika majlis kenduri kendara sahaja. Bagaimanakah hendak menyediakan wajik yang lembut serta cukup manisnya? Saya harap puan dapat membantu.

Zarina Jufri
Kuala Selangor,
Selangor.


Jawapan
Pulut dikukus atau dimasak setengah atau masak. Kemudian didihkan gula pasir dan gula kabung. Apabila gula larut, sejukkan. Kemudian tapiskan gula dan didihkan sekali lagi. Ini akan mengelakkan kotoran dari gula kabung atau gula merah bercampur dengan pulut nanti. Kacau gula hingga pekat dan likat. Masukkan santan dan daun pandan dan kacau lagi hingga gula menjadi pekat dan berkilat. Masukkan pulut dan kacau rata hingga pulut disaluti gula. Tuang ke dalam acuan dan ratakan permukaannya. Apabila telah sejuk, potong ikut kegemaran dan hidang.

resipi wajik

WAJIK

Bahan:

1 kg beras pulut,,
300 gm gula pasir
300 gm gula merah
500 ml santan pekat + secubit garam [1 biji kelapa]
5 helai daun pandan...simpul

Cara:
1. Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2. Gula merah dan gula pasir dimasakkan ngan santan dan daun pandan.
3. Masakkan sehingga pekat.
4. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan

NOTA:
Sekiranya mahu masukkan durian boleh kurangkan gula kerana durian ada rasa manis sikit.
Masukkan dalam santan dan gula yg telah mendideh.
 

TEMPAHLAH WAJIK SEKARANG DI 0147360384/ SUKRIRAMLI


WAJIK ENAK SESUAI BUAT MAJLIS ANDA,MALAHAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS ANDA. DI PEK DALAM CUP KECIL YANG COMEL SESUAI BAGI HADIAH KEPADA TETAMU. TEMPAHLAH WAJIK SEKARANG DI 0147360384.

RM1/UNIT CUP KECIL

PENGHANTARAN DI SEDIAKAN DI SELURUH LEMBAH KLANG. HUBUNGI 0147360384

0 comments: